Programme Course Offering

                     

GARIS PANDUAN UNTUK SENARAI PENAWARAN KURSUS

AM

1. Borang Penawaran Kursus (BPK) perlu disediakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) [MPSU untuk ijazah tinggi] dan Senat bagi kes-kes berikut:

  • Kursus baharu.
  • Kursus yang tidak ditawarkan untuk 3 sidang akademik berturut-turut dan ingin dihidupkan semula.
  • Kandungan kursus melebihi 50%.

2. Komponen kerja kursus tidak boleh melebihi 40% kecuali atas sebab-sebab tertentu. Peratusan ujian seboleh-bolehnya tidak melebihi 50% daripada komponen kerja kursus tersebut.

PENAWARAN KURSUS BAHARU

  • Perlu melengkapkan Borang Penawaran Kursus (BPK) untuk kelulusan JPA.
  • BPK akan dimajukan kepada Senat setelah kursus diperakukan oleh JPA.

PENAWARAN KURSUS YANG DIHIDUPKAN SEMULA

  • Jika kursus tidak ditawarkan lebih daripada 3 Sidang Akademik berturut-turut dan ingin dihidupkan semula.
  • Perlu melengkapkan BPK untuk kelulusan JPA.
  • BPK akan dimajukan kepada Senat setelah kursus diperakukan oleh JPA.

PENAWARAN KURSUS YANG DIUBAHSUAI

  • Jika pengubahsuaian dalam kandungan kursus melebihi 50%.
  • Perlu melengkapkan BPK untuk kelulusan JPA.
  • BPK akan dimajukan kepada Senat setelah kursus diperakukan oleh JPA.

PINDAAN KEPADA SENARAI PENAWARAN KURSUS

(Dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Senat pada hari Khamis, 20 Januari 1983)

*Dinyatakan dalam Mesyuarat Senat ke-54 pada hari Rabu, 24 Oktober 1984

  • Senarai penawaran kursus bagi sesuatu sidang akademik biasanya dipertimbangkan dan diluluskan oleh Senat sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum permulaan sidang akademik baharu*. Kelulusan Senat ini dianggap muktamad dan staf pengajarnya secara automatik menjadi Pemeriksa Dalam untuk kursus berkenaan. Dalam hal ini, pusat-pusat pengajian/pusat-pusat hendaklah teliti dalam hal penawaran kursus masing-masing. Walau bagaimanapun, jika pindaan-pindaan perlu dilakukan juga ke atas senarai kursus selepas diluluskan oleh Senat, tatacaranya yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

Pindaan Di Bawah Bidang Kuasa Majlis Pusat Pengajian/Dekan/Pengarah

1. Pertukaran kod kursus hanya dibenarkan apabila berlaku keadaan berikut:

  • Perubahan nilai unit.
  • Perubahan tajuk kursus (ekoran kandungan kursus melebihi 50%).
  • Perubahan peringkat kursus.

2. Pertukaran kursus daripada satu semester ke semester yang lain.

3. Pertukaran staf akademik yang terlibat.

4. Pengubahsuaian terhadap isi kandungan kursus tidak melebihi 50%.

Bagi semua pindaan di atas, Pusat Pengajian/Pusat perlu melaporkan kepada Seksyen Senat yang akan memaklumkan kepada Seksyen Data dan Rekod Pelajar untuk mengemaskini rekod-rekod Pusat Pengajian.

Pindaan Yang Memerlukan Pertimbangan/Kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)

1. Perubahan nilai unit.

2. Perubahan nilai peratusan kerja kursus/peperiksaan.

3. Perubahan nilai peratusan dalam asas-asas menilai kerja kursus.

4. Pengguguran atau penambahan kursus dalam senarai penawaran kursus untuk sesuatu semester.

5. Pengguguran atau penambahan kod ’E’ bagi Kursus Berbahasa Inggeris (KBI).

6. Perubahan dalam keperluan Bahasa Malaysia.

Bagi semua pindaan di atas, Pusat Pengajian/Pusat perlu mengemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) berserta justifikasi kepada pindaan yang dilakukan. Setelah diberi pertimbangan/kelulusan, Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa akan memaklumkan kepada Seksyen Senat dan Seksyen Data dan Rekod Pelajar.

*****

*Satu Garis Panduan Mengenai Pindaan Kepada Senarai Penawaran Kursus telah diedarkan kepada semua Dekan Pusat Pengajian oleh Seksyen Senat pada 1 Disember 2008 untuk rujukan pusat pengajian*

 

SUE/BHEAA/Dikemaskini pada 28082015