JK Penyelarasan Syarahan Umum

JAWATANKUASA PENYELARASAN SIRI SYARAHAN UMUM

Pengenalan

Jawatankuasa ini berperanan untuk mengenalpasti dan memilih tokoh-tokoh yang terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Jawatankuasa ini juga turut menyelaras Siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor baru di USM.

 Rangka Tugas

  • Untuk mengenalpasti dan membuat pilihan calon-calon yang akan memberi syarahan.
  • Menyelenggara program syarahan umum termasuk aspek-aspek hospitaliti dan publisiti.
  • Menguruskan percetakan-percetakan syarahan umum dan bahan-bahan lain yang berkenaan.
  • Mengkaji dari semasa ke semasa cara-cara untuk memperkukuhkan lagi siri syarahan umum supaya dapat dijadikan satu forum yang bermanfaat kepada universiti dan masyarakat.

 Keanggotaan

Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

(a)  11 orang wakil tetap.
(b)  Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Sastera, Sains Tulen, Sains Gunaan, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan & Perubatan.
(c)  5 orang ahli yang dilantik oleh Naib Canselor bagi tempoh 3 tahun.