JK Bertindak Bahasa Melayu

JAWATANKUASA BERTINDAK PELAKSANAAN DASAR BAHASA MALAYSIA

 Pengenalan

Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh SENAT sebagai satu langkah positif untuk melaksanakan dasar Bahasa Malaysia dengan tegasnya dalam aspek pengajaran & pembelajaran di USM. Tujuannya ialah untuk mengatur langkah dan menyegerakan tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenai perkara-perkara pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia.

 

Rangka Tugas

  • Bertindak untuk mengawasi pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia.
  • Membincangkan dan membuat saranan tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia di semua peringkat Universiti.
  • Mengawasi hal ehwal peristilahan, perkamusan dan semua jenis penulisan termasuk buku-buku, tesis, bahan-bahan terjemahan dan bahan-bahan tidak bercetak di dalam Bahasa Malaysia.
  • Meneliti isu-isu bahasa yang timbul dari semasa ke semasa.

 Keanggotaan

Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

(a)  Dekan Pusat-Pusat Pengajian.
(b)  Pengarah Pusat.
(c)  Penyelaras Unit.
(d)  4 orang ahli yang dilantik oleh Naib Canselor.
(e)  Seorang wakil bagi setiap Pusat-Pusat Pengajian/Pusat.

Tempoh pelantikan ahli ialah setiap 2 tahun.