Jawatankuasa Perancangan Akademik (Academic Planning Committee)

Pengenalan

Jawatankuasa ini merupakan Jawatankuasa Naib Canselor bagi membincangkan sebarang cadangan program akademik ijazah pertama dan menimbangkannya secara mendalam sebelum dibentangkan kepada Senat.


Rangka Tugas  

  • Mengkaji dari semasa ke semasa program-program akademik Universiti keseluruhannya, khususnya dengan tujuan penyelarasan dan bidang-bidang yang boleh ditingkatkan dan dikembangkan selari dengan keperluan semasa.
  • Merancang dan menasihati tentang penawaran program-program baharu.
  • Membincangkan isu-isu yang timbul oleh Majlis Pusat Pengajian dan Senat serta perkara-perkara yang dirujuk oleh Naib Canselor.
  • Membawa senarai kursus-kursus baharu, kursus-kursus yang diaktifkan semula dan diubahsuai yang telah diluluskan untuk perakuan mesyuarat Senat.


Keanggotaan

Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

(a)  Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) Pusat-Pusat Pengajian.
(b)  Timbalan Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia.
(c)  5 orang ahli yang dilantik oleh Naib Canselor.
(d)  Pendaftar sebagai Setiausaha.
(e)  Ahli-ahli jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai pentadbiran Universiti.

Tempoh pelantikan ahli ialah setiap 2 tahun.

Jadual Tentatif Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik 2016

BULAN            

MESY.

JAN

2016

FEB

2016

MAC

2016

APR

2016

MEI

2016

JUN

2016

JUL

2016

OGOS

2016

SEPT

2016

OKT

2016

NOV 2016

DIS

2016

TARIKH AKHIR PENERIMAAN AGENDA   JPA

8/1

(Jumaat)

 

4/3

(Jumaat)

 

6/5

(Jumaat)

 

1/7

(Jumaat)

 

2/9

(Jumaat)

 

4/11

(Jumaat)

 
JPA  

Ke-201

2/2

(Selasa)

 

Ke-202

4/4

(Isnin)

 

Ke-203

7/6

(Selasa)

 

Ke-204

11/8

(Khamis)

 

Ke-205

4/10

(Selasa)

 

Ke-206

6/12

(Selasa)

*Jadual Tentatif Mesyuarat JPA disediakan setelah mengambil kira cuti-cuti umum bagi tahun 2016*

 Butir-butir Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) adalah seperti berikut:

Tempat  :      Bilik Persidangan Canselori (CCR), Aras 6, Bangunan Canselori, Canselori

Masa      :      9:00 Pagi