KEPELBAGAIAN BUDAYA NEGARA ASEAN DIPAMERKAN DI USM

 

USM, PULAU PINANG, 9 Oktober 2016 - Kepelbagaian budaya negara ASEAN dapat dilihat melalui pameran budaya yang diadakan sempena penganjuran The 14th ASEAN & 4th ASEAN +3 Youth Cultural Forum 2016 (AYCF 2016) di sini baru-baru ini.

WhatsApp Image 2016 10 10 at 10.04.55 AM

Sebanyak 13 ruang pameran disediakan dalam mempamerkan budaya dan adat resam negara masing-masing.

Selain daripada itu, pelbagai program disajikan untuk memberi pendedahan lebih mendalam dari segi makanan, permainan tradisional, cara berpakaian serta budaya negara-negara yang terlibat.

WhatsApp Image 2016 10 10 at 10.04.22 AM

Peserta daripada Vietnam, Nguyen Nhu Thi Hoa, 21 berkata kesempatan mengikuti forum pada kali ini digunakan sebaik mungkin dalam mempromosikan budaya dan adat resam negaranya untuk dipertontonkan kepada peserta dari negara lain supaya mereka dapat mengenali negaranya dengan lebih mendalam lagi.

WhatsApp Image 2016 10 10 at 10.04.20 AM

"Saya teruja dapat mengikuti program pada kali ini. Selain dapat mempamerkan budaya negara sendiri, saya juga dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar dari negara lain," katanya.Perkara yang sama turut dikongsi peserta negara Kemboja, Bun Vongratana, 21, yang gembira dapat mengikuti forum AYCF 2016 pada kali ini.

"Saya dapat mengenali budaya dan adat resam negara-negara ASEAN yang unik selain turut teruja dapat menjejakkan kaki di Pulau Pinang yang terkenal dengan keenakan makanannya," kata pelajar dari Royal University of Phnom Penh ini.

AYCF 2016 kali ke-14 ini dianjurkan oleh Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) USM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM mendapat penyertaan dari 9 buah negara ASEAN dan juga 3 buah negara luar iaitu Jepun, Korea Selatan dan China dengan peserta lebih 300 orang.

WhatsApp Image 2016 10 10 at 10.04.22 AM1

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Brunei Darussalam, Cambodia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

WhatsApp Image 2016 10 10 at 10.04.57 AM

Bertemakan “ASEAN in Love: Love Through Culture and Arts Towards Unity in ASEAN Community”, AYCF 2016 yang bermula dari 5 hingga 7 Oktober ini menyajikan pelbagai aktiviti kebudayaan dari negara-negara yang terlibat.

Teks: Syuhada Abd. Aziz