Franchise

.FUNGSI UTAMA

Dalam menjalankan urusan dan pentadbiran unit, antara fungsi utama Unit Usahasama Akademik ialah:

  • Menguruskan cadangan usahasama akademik dengan institusi tempatan dan antarabangsa
  • Hal-hal berkaitan dengan dasar akademik, struktur program pengajian dan amali kualiti
  • Hal-hal pemasaran, kewangan dan perundangan
  • Hal-hal logistik dan pentadbiran.

KAEDAH USAHASAMA

Buat masa ini, terdapat tiga kaedah usahasama yang boleh dipertimbangkan iaitu:

(i)  Ijazah Luaran (Sarjana Muda dan Ijazah Tinggi)

Program USM yang ditawar dan dikendalikan oleh rakan kongsi di premis rakan kongsi. Pengajaran dilakukan oleh pensyarah IPTS di bawah pemantauan dan penyeliaan pensyarah USM.

Kerja kursus dan soalan peperiksaan disediakan oleh pensyarah USM.

Ijazah yang diberikan kepada graduan ialah Ijazah USM.
 

(ii) Kawalselia (Diploma)

Satu program rakan kongsi dengan USM yang ditawar dan dikendalikan oleh rakan kongsi di premis rakan kongsi. Pengajaran dilakukan oleh Pensyarah IPTS di bawah penyelia pensyarah USM. Dalam hal ini, USM akan membangunkan program meliputi sebahagian atau keseluruhan program.

Kerja kursus dan soalan peperiksaan disediakan oleh pensyarah IPTS.

Diploma dianugerahkan oleh IPTS berkenaan.
 

(iii) Perundingan

Apabila Universiti berpuas hati dengan pelaksanaan program kawalselia di sesebuah IPTS rakan kongsi, Universiti boleh mempertimbangkan untuk menukar status usahasama daripada kawalselia kepada perundingan. Di bawah perundingan, pemantauan dan penyeliaan Universiti pada tahap minimum dan IPTS hendaklah mampu berdikari dalam menawarkan program.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
 

Puan Nor Farah Shaik Omar (Penolong Pendaftar)
Unit Usahasama Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa
Bangunan C09, Pejabat Antarabangsa USM
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang, Malaysia
Tel: +604.653.2778
+604.653.2775
Fax: +604.653.2782
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.